Mansuhkan PTPTN #3

Mansuhkan PTPTN #2

Mansuhkan PTPTN #1

Overprice


Semalam lepas office hour, saya ke BPEX 2012 di Mid Valley Megamall. Apa BPEX tu?

BPEX ialah Bumiputera Properties Exhibition, sebuah pameran perumahan yang melibatkan pemaju-pemaju yang membangunkan kawasan perumahan di sekitar Lembah Klang. Saya ke sana untuk survey kawasan perumahan baru yang sedang dibuka.

Lebih kurang dalam setengah jam saya round sekitar hall di tingkat 3 tu. Kesimpulan yang saya dapat, harga rumah sekarang teramatlah mahal. Overprice! Rumah teres 20×70, harga paling murah yang ada semalam RM 450,000.

Berdasarkan calculation yang saya buat, at least kene ada gaji RM 4,000 untuk dapatkan rumah teres sekitar Lembah Klang. Bagi yang gaji bawah daripada tu, korang kene buat joint venture dengan pasangan masing-masing untuk dapatkan sebuah rumah yang selesa. Kalau tak cukup, maka korang terpaksalah melupakan hasrat untuk mendapatkan landed property di Lembah Klang.

Penat berjalan, saya ke foodcourt untuk makan malam. Oleh sebab saya dalam proses untuk mengurangkan pengambilan gula, saya pun ambiklah sebotol air minuman (plain water) yang dijual kat situ. Agak-agak korang berapa harga air minuman dalam botol atas ni?

RM1.00? RM 1.50?

Tak mahal, hanya RM2.10 je. Campur sales tax 6%, baru RM 2.25. Overprice gile!

Man Jadda Wa Jada

Sebulan sudah saya kat tempat baru. So far, alhamdulillah. Tak adalah susah sangat nak adapt dengan suasana baru. Dari segi pressure memang betul-betul reduce compare waktu kerja dengan bank dulu. Tak de lah rasa tertekan sangat nak capai target yang tinggi melangit.

Minggu pertama macam biasa tak ada kerja. Relaks je sambil dengar ceramah memanjang. Sampai satu tahap rasa bosan giler dan saya mengadu kat seorang kakak ni.

“Kak, saya stress la kak tak ada kerja.”

Kakak tu geleng kepala. Kemudian dia jawab,

“Hah, tunggulah kau waktu dapat kerja nanti.”


Berada kat tempat baru dalam keadaan lonely dan tak ada geng lagi, kene rajin-rajinkan diri buka mulut untuk create new friends. Kat sini ada pelbagai manusia dari pelbagai latar belakang. Most of them dah senior dan berumah tangga. So, dari segi percakapan tu kene ubah siket.

Batch yang baru masuk pun ramai yang dah berusia. Kalau yang sebaya dengan saya ada dalam 4-5 orang. Dalam berkenalan dengan kawan-kawan baru, saya tertarik dengan salah sorang brother ni. Ops. Jangan fikir bukan-bukan. Saya straight okay!

Brother ni sama batch dengan saya. Cuma bezanya saya lantikan baru dan brother ni baru dinaikkan pangkat. Brother ni naik pangkat bukan siket-siket je. Dari kerani biasa, dia lompat terus naik pegawai. Memang rezeki dia murah.

Sembang punya sembang, rupa-rupanya brother ni super senior saya kat sekolah menengah dulu. Dia batch kedua dan saya batch ke -14. Jauh kot jarak umur kitorang. 10 tahun a.k.a satu dekad.

Apa yang menariknya cerita brother ni?

Dia dulu hanya penjual kat pasar malam je. Saya ulang sekali lagi, penjual kat pasar malam sahaja. Bukan niat nak hina penjual kat pasar malam, cuma kalo mungkin ada kawan-kawan yang berniaga pasar malam bila baca entri ni boleh jadikan brother ni sumber inspirasi.

Selepas SPM, brother ni cerita dia masih lagi kebudak-budakan dan tak ada hala tuju. Simpan rambut panjang-panjang sampai paras pinggang dan tak fikir sangat pasal masa depan. Main je banyak.  Dia kemudian start berniaga barang permainan kanak-kanak kat pasar malam untuk generate income.

Perubahan berlaku selepas dia mula berkahwin. Dari seorang perokok tegar brother ni mula berhenti merokok. Berbekalkan sijil SPM yang ada, dia kemudian mohon kerja sebagai kerani. Alhamdulillah, rezeki dia murah.

Selepas beberapa tahun bekerja sebagai kerani, dia decide untuk sambung belajar dan ambil degree. Brother ni bagi tau, dia rasa nak ambik degree bila tengok pegawai-pegawai kat atas keje asyik meeting & outstation selalu. Waktu dia ambik degree tu umur dia 28 tahun. Sambil dia bekerja, sambil tu dia belajar. Memang tough la brother ni belajar sambil bekerja dalam keadaan sudah berumahtangga dan mempunyai anak.

Dalam tempoh 5 tahun, brother ni berjaya dapatkan degree dia. Kebetulan waktu tu ada offer jawatan kosong untuk kenaikan pangkat sebagai pegawai. Brother ni terus gi mintak dan sekali lagi rezeki brother ni murah dan dia layak untuk kenaikan pangkat .Salut habis la kat brother ni. Tambah lagi rasa respek bila dia sekarang ni dalam pengajian semester kedua peringkat master.

Brother ni ada nasihatkan saya untuk ambik master waktu tengah muda-muda ni. Tambah pulak umur saya baru 24 tahun dan perjalanan hidup masih panjang lagi. Yup, saya pun tengah fikirkan semasak-masaknya nasihat brother ni lagi selepas mendengar cerita hidup dia.

Well, ada beberapa point penting yang saya rasa kita semua boleh ambil pengajaran dari cerita brother ni:-

1. Siapa berusaha dia akan berjaya.

2. Ilmu itu kene cari sampai mati.

3. Mungkin saya dah boleh fikirkan dengan lebih serius pasal perkahwinan..Hehe..

Page 1 of 212